Keesokan harinya sewaktu, Dania sedang menjalankan misi menunjuk-nunjukkan barang berjenama yang dibawa dia terlanggar seseorang yang berjalan berlawanan dengannya. Buku yang dibawa budak itu terjauh kebawah. Dania tidak sampai hati membiarkan budak itu mengangkat buku-buku itu sendiri kerana ia sememangnya salah dania.
Tetapi belum sempat dania mengambil sebuah buku pun semua buku telah dicapai tetapi budak itu masih tercari-cari sesuatu. Setelah lama difikirkan barulah Dania sedar cermin mata budak itu telh dipijak oleh dania. Apabila Dania mencapai cermin mata itu,rasa bersalah mula menebal didalam hatinya cermin mata itu hancur berkecai cerminya. "Errrrr........ ini ke yang awak tercari-cari? saya minta maaf sangat..... "Kata Dania dengan tergagap-gagap.
Budak itu mencapai cermin matanya dan mengeluh hampa, Dania berasa tersangat bersalah "Er...awak boleh nampak ke, tanpa memakai cermin mata?"tanya Dania. "Tidak mengapa saya boleh melihat dengan jelas"kata budak itu. Rasa bersalah makin menebal apabila budak itu berkata begitu. Dania kemudiannya meminta maaf sekali lagi kepada budak itu.
Sebelum budak itu pergi sempat lagi Dania memperkenalkan diri. Budak itu kemudianya memperkenalkan diri sebagai Adilah.
Mereka mula berkawan, mereka berancang untuk berjumpa di SACC mall pada sabtu itu. Sedang mereka seronok merancang, dua pasang mata ligat memerhati mereka dengan teliti . Sasha dan Iralah dua orang penyibuk yang memasang telinga mendengar segala perbualan mereka.
Saturday, September 26, 2009
Pertubuhan The VIP Gurls . ( Chapter 7 )
Posted by mysteriouswriter at 7:12 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment