BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 10, 2009

Pertubuhan The VIP Gurls . ( Chapter 1 )

Pada pagi itu, Dania sudah bersiap-siap untuk ke sekolah barunya. Dia berasa sangat gembira,buat pertama kalinya dia akan menjejakkan kaki ke sekolah barunya. Bayangkan wajah murid sekolah itu apabila ternampaknya dengan beg Guccinya yang dibeli di Italy itu, pasti semuanya terbeliak mata. Dia akan menjadi murid popular serta-merta. Daniel, abangnya juga sedang bersiap ke sekolah. Sayangnya Daniel tidak mempunyai citarasa tinggi seperti adik perempuannya. Tetapi wajahnya yang kacak mudah memikat mana-mana
perempuan. Rambutnya yang kerinting seperti Nick Jonas itu membuatkan dia nampak comel
dan menarik.
"Woi Dania , are you there." suara itu menghentikan lamunannya . "Apa?!"jawabnya. Terkejut dibuatnya, sudahlah tidak memberi salam menyergah begitu sahaja, tidak sopan betul. "Cepatlah, sudah lambat!Ini hari pertama!" kata Daniel. Segera dia mencapai beg Guccinya dari Italy.
Bersedialah SMK Convent, there is a new girl in school and she is gonna change the school forever !!!!


0 comments: