BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 11, 2009

Pertubuhan The VIP Gurls . ( Chapter 4 )

Akhirnya, Sash membuat kata putus "Girls we need to be friends with that new girl ......" katanya dengan wajah serious . "Tapi mula-mula kita kenalah tunjuk kuasa kalau dia tak sudi, buat malu saja." kata Lia . Ira mengangguk setuju . Mereka mula mencari ikhtiar cara menunjuk kuasa terhadap murid baru itu.
Pada petang itu The LV clique bersetuju berjumpa di rumah Sash yang serba mewah itu. Sash sudah menempah makanan dari Pizza House . Setelah semua berkumpul di bilik Sash yang besar penuh patung beruang bewarna merah jambu perjumpaan itu bermula. "Mana semua makanan"
Hampa Ira apabila makanan yang dibayangkan tiada . Biasanya di rumah Sash macam-macam ada, tetapi kali ini semuanya lesap ."Kalau datang nak makan baik balik!!" Naik angin Sash apabila Ira asyik memikirkan makanan padahal ada perkara yang lebih penting.
Terkejut Ira apabila disergah begitu sahaja. Dia mula mencebik tanda merajuk, manja betul! "Saya dah order in Pizza House kejap lagi sampailah ...." kata Sash yang mula lembut hati. Ira sudah tersenyum ke telinga apabila Sash memujuk .Sementara itu Lia yang dari tadi melihat kejadian itu cemburu tahap maksimum, meluat sungguh!
Setelah lama berbincang , dua bungkus pizza sudah habis, dua botol Coke besar kering kontang jadinya . Akhirnya, senarai menunjuk kuasa akhirnya siap . Oh, bangganya !!!

0 comments: