BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 27, 2009

Pertubuhan The VIP Gurls . ( Chapter 8 )

Pada hari sabtu itu Dania dan Adilah berjumpa di SACC Mall seperti yang dijanjikan. Sewaktu mereka tiba di SACC Mall Dania tiba-tiba menutup mata Adilah menggunakan sehelai kain. "Eh apa yang awak lakukan ini !!" Terkejut Adilah dibuatnya. Dania langsung tidak kisah akan apa yang dikatakan oleh Adilah dia kemudiannya menarik Adilah kedalam satu bilik. Adilah pula terkial-kial melepaskan diri.
Apabila dibuka kain yang menutup mata Adilah, Adilah berada di dalam sebuah bilik yang gelap. Setelah lampu dibuka oleh Dania, Adilah terkejut mendapati bilik itu dipenuhi cermin mata yang mahal dan cantik. Walaupun Mamanya selalu menghadiahkannya barang kemas dalam bilik seperti ini dia tidak sangka Dania yang baru dikenali sanggup bersusah payah merancang semua ini.
Tiba-tiba seorang wanita yang sememangnya dikenali menghampirinya "Adilah!!!"

Saturday, September 26, 2009

Pertubuhan The VIP Gurls . ( Chapter 7 )

Keesokan harinya sewaktu, Dania sedang menjalankan misi menunjuk-nunjukkan barang berjenama yang dibawa dia terlanggar seseorang yang berjalan berlawanan dengannya. Buku yang dibawa budak itu terjauh kebawah. Dania tidak sampai hati membiarkan budak itu mengangkat buku-buku itu sendiri kerana ia sememangnya salah dania.
Tetapi belum sempat dania mengambil sebuah buku pun semua buku telah dicapai tetapi budak itu masih tercari-cari sesuatu. Setelah lama difikirkan barulah Dania sedar cermin mata budak itu telh dipijak oleh dania. Apabila Dania mencapai cermin mata itu,rasa bersalah mula menebal didalam hatinya cermin mata itu hancur berkecai cerminya. "Errrrr........ ini ke yang awak tercari-cari? saya minta maaf sangat..... "Kata Dania dengan tergagap-gagap.
Budak itu mencapai cermin matanya dan mengeluh hampa, Dania berasa tersangat bersalah "Er...awak boleh nampak ke, tanpa memakai cermin mata?"tanya Dania. "Tidak mengapa saya boleh melihat dengan jelas"kata budak itu. Rasa bersalah makin menebal apabila budak itu berkata begitu. Dania kemudiannya meminta maaf sekali lagi kepada budak itu.
Sebelum budak itu pergi sempat lagi Dania memperkenalkan diri. Budak itu kemudianya memperkenalkan diri sebagai Adilah.
Mereka mula berkawan, mereka berancang untuk berjumpa di SACC mall pada sabtu itu. Sedang mereka seronok merancang, dua pasang mata ligat memerhati mereka dengan teliti . Sasha dan Iralah dua orang penyibuk yang memasang telinga mendengar segala perbualan mereka.

Pertubuhan The VIP Gurls . ( Chapter 6 )

Setelah penat berlari ke tandas berdekatan, Sasha memanggil anak buahnya, Ira dengan perlahan dan tegas. Terdengar suara Ira di pintu paling hujung sekali "Pergilah, saya t...tak patut bersama k..kamu berdua yang kaya raya saya miskin !!!" kata Ira sambil terkedu-kedu. Setelah lama Ira dipujuk oleh Sasha, Lia mula hilang sabar . "Sudahlah, she's worthless.... everything is about her! manjakan dia sangat .... saya ni tidak ada perasaan!!"bentaknya. "What is the problem with you Lia!!! Kenapa ni tiba-tiba marah ni !!!"
Dengan marah Lia menghentakkan kaki keluar dari tandas yang menjadi saksi kejadian itu. "Ish, macam budak kecil! " kata Sasha. Ira akhirnya setelah agak lama terperuk di dalam tandas itu keluar dengan solekan yang telah hanyut ke pipi. Sasha hanya tersenyum melihat anak gadis yang seperti anak kecil itu. "Basuh muka tu comotlah.... jom kita pergi makan dikenny rogers !". Ira yang baru berhenti menangis itu tersenyum-senyum memandang Sasha.
Setelah membasuh mukanya yang comot itu Ira dan Sasha berdua-dua berjalan ke arah Kenny Rogers berdekatan dengan gembira. Dalam keadaan gembira terdapat sepasang mata yang memandang dengan hati yang dicarik-carik."Sampai hati mereka lupakan saya! saya benci! benci! Bentak hati Lia. Tunggulah kamu berdua !!!!

Friday, September 11, 2009

Pertubuhan The VIP Gurls . ( Chapter 5 )

Pada hari Sabtu, ketiga-tiga ahli kumpulan LV Clique berkumpul di depan SACC Mall yang terkenal dengan barangan berjenama yang dijual. "Bawa berapa Sash ???" tanya Lia dengan muka berseri-seri maklumlah, membeli belah dengan rakan-rakan."Seribu sahaja, saya tak mahulah berlebih-lebih "jawab Sash dengan bangga. Ira berdiam diri sahaja tiada sesiapa mengetahui dia tidak membawa walau sesen pun.
"Ira ? Tidak membeli apa-apakah???" tanya Lia yang hairan, selalunya Iralah yang membeli sakan. "Yalah, mengapa ni?"tanya Sash dengan prihatin. "Saya......saya.......tak minatlah barangan disini"kata Ira mencari alasan."Menipulah Ira tu....."sindir Lia, kejam sungguh!Belum sempat Lia menyambung kata-katanya Ira sudah berlari menuju ke tandas berdekatan.
"Lia what is your problem ????" kata Sash dengan tegas . "Watever!!! kau yang melebih-lebihkan dia I'm not made of rock !" "UGH !!! C'mon Lia " susah betul melayan ahli-ahlinya "

Senarai menunjuk kuasa LV Clique

Matlamat : Menunjuk kuasa kepada budak baru yang terlalu glamor itu !!!!

1. Membeli barang lebih glamor dari barangannya. Kemudian menunjuk-nunjuk didepannya hahaha.

2.Membuli mangsa betul-betul didepannya . Biar dia lihat kekejaman kita >: )

3.Membuat lebih banyak late night party dari biasa !!!!!!! Let's party


Selepas selesai bolehlah kita memula langkah berkawan dengannya dan memegang takhta selamanya hahahahahaha LV clique rulz 4ever!

Pertubuhan The VIP Gurls . ( Chapter 4 )

Akhirnya, Sash membuat kata putus "Girls we need to be friends with that new girl ......" katanya dengan wajah serious . "Tapi mula-mula kita kenalah tunjuk kuasa kalau dia tak sudi, buat malu saja." kata Lia . Ira mengangguk setuju . Mereka mula mencari ikhtiar cara menunjuk kuasa terhadap murid baru itu.
Pada petang itu The LV clique bersetuju berjumpa di rumah Sash yang serba mewah itu. Sash sudah menempah makanan dari Pizza House . Setelah semua berkumpul di bilik Sash yang besar penuh patung beruang bewarna merah jambu perjumpaan itu bermula. "Mana semua makanan"
Hampa Ira apabila makanan yang dibayangkan tiada . Biasanya di rumah Sash macam-macam ada, tetapi kali ini semuanya lesap ."Kalau datang nak makan baik balik!!" Naik angin Sash apabila Ira asyik memikirkan makanan padahal ada perkara yang lebih penting.
Terkejut Ira apabila disergah begitu sahaja. Dia mula mencebik tanda merajuk, manja betul! "Saya dah order in Pizza House kejap lagi sampailah ...." kata Sash yang mula lembut hati. Ira sudah tersenyum ke telinga apabila Sash memujuk .Sementara itu Lia yang dari tadi melihat kejadian itu cemburu tahap maksimum, meluat sungguh!
Setelah lama berbincang , dua bungkus pizza sudah habis, dua botol Coke besar kering kontang jadinya . Akhirnya, senarai menunjuk kuasa akhirnya siap . Oh, bangganya !!!

Pertubuhan The VIP Gurls . ( Chapter 3 )

Pagi itu, kantin sekolah sudah dipenuhi murid SMK Convent . LV clique sedang berbual rancak tentang apa yang dilakukan pada cuti panjang yang lalu. Sash atau nama panjang Nur Sasharina binti Tunku Badrul, sedang menceritakan kisahnya yang ke Milan negara fesyen yang terkenal. Ira dan Lia mendengar kisah ketua clique mereka itu dengan penuh minat .
Tiba-tiba Sash terhenti, matanya memandang seseorang yang sangat istimewa dalam hidupnya "Girls sweetheart I dah datang. " secara automatik kedua mereka yang sedang tekun mendengar berundur memberi laluan kepada ketua yang digeruni. "Hello Cikgu Zamri! " ucapnya dengan suara paling merdu yang dapat dikeluarkan dari tekak. "Oh, hello Sasharina " jawab Cikgu Zamri sambil tersenyum. "Tak payahlah panggil nama panjang, panggil sahaja Sash " kata Sash. "Baiklah Sash, cikgu pergi dulu" kata Cikgu Zamri yang mula geli melihat Sash yang melenggok-lenggok gedik itu. Sash tersenyum sambil mengangguk,
Setelah Cikgu Zamri berlalu pergi baru Lia dan Ira muncul semula. Kali ini ketiga-tiga mereka terbeliak ternampak seorang budak baru yang bergaya mengalahkan mereka . Adakah mereka akan tewas kepada murid baru itu ? berserabut kepala melihat murid baru yang tinggi lampai seperti model itu ?